background

Thursday, January 26, 2017

Topi Segiempat πŸŽ“

24 November 2013

Hari yang dinanti-nanti, hari yang penuh bermakna.

Kenapa?

Kerana pada hari itu, cita-cita ku kian tercapai. Cita-cita, impian, dan harapan yang disimpan  sejak kecil lagi. Sejak tadika. Syukur Alhamdulillah, berkat dorongan dari mama dan babah, aku akhirnya berjaya kecapi apa yang aku inginkan. Tidak dinafikan, pelbagai cubaan, cabaran dan rintangan yang ku hadapi. Bukan tidak pernah tersungkur jatuh. Pernah. Namun, walauapapun yang ku lalui, mama dan babah tetap bagi sokongan dan dorongan tanpa henti πŸ’

Ketika usiaku 3 tahun, aku mula membaca, menulis dan mengeja (mama yang cerita 😊). Ketika umur ku menginjak 6 tahun, aku mula melangkah ke alam persekolahan, iaitu tadika (1997). Disana, aku mula mengenali apa itu sekolah, ABC, 123 dan juga erti kawan/sahabat/teman dan rakan πŸ“šTerlalu banyak kenangan manis time tu. Siap sambut hari jadi lagi 🍰 Yehaa !

*majlis sambutan hari jadi eka πŸŽ‚

*tempat pertama tadika LT & tempat ketiga seluruh Labuan πŸŽ‰

Setelah setahun di tadika, aku mula memasuki alam persekolahan sekolah rendah (1998). Dari darjah satu sampai darjah 6 (1 setia hingga 6 setia). Ketika itu, aku semakin mengerti apa itu maksud kejayaan. Aku ingat lagi, setiap kali perperiksaan tiba, aku akan pastikan yang aku tidak lari dari tempat pertama hingga ketiga dalam kelas. Mana tidaknya, mama sering memberi aku kata-kata motivasi supaya dapat masuk Universiti. Siap belikan aku baju t-shirt berwarna oren yang bertulis "Univer-sity". Baju tu menambah lagi semangat dan azam ku untuk berjaya. Setiap tahun aku mesti naik pentas. Tidak kira lah untuk anugerah apa. Dari tempat pertama hingga tempat ketiga dalam kelas, anugerah markah tertingi bagi setiap matapelajaran, sehinggalah anugerah kehadiran penuh. Ketika sekolah rendah aku juga sering mengikuti pertandingan terutama apabila tiba musim Majlis Tilawah Al-Quran (MTAQ). Bahagian hafazan menjadi bidang kegemaran. Sering menang peringkat sekolah, zon dan seterusnya peringkat Labuan (walaupun sering mendapat tempat ketiga namun aku bersyukur). Aku juga bersekolah di Sekolah Rendah Agama ketika waktu petang dan menjawat jawatan sebagai ketua kebersihan. Haha. Adalah menjadi kewajiban bagiku untuk memeriksa setiap sudut kelas agar tampak bersih dan kemas (haipp! awas la siapa yang bertugas untuk membersihkan kelas ketika itu tapi tidak buat kerja).

                                                    *Darjah 1 Setia, SKLT (1998)

Akan tetapi, reputasi ku kian menurun ketika ku di tahun 5. Tiada sudah tempat pertama, kedua atau ketiga, yang tinggal hanya nombor seterusnya. 2004, aku mula memasuki alam sekolah menengah. Jiwa remaja mula bangkit. Aku bukanlah seorang pelajar cemerlang, hanya murid biasa namun masih mampu membanggakan kedua orang tua ku (masih lagi tidak lepas dari menerima anugerah setiap tahun - aku akan merasa gagal jika langsung tidak naik ke pentas). 1 Damai, 2 Bakti,3,4,dan 5 Amanah. Itu nama-nama kelasku. Ketika aku di tingkatan 1 dan 2, reputasi ku kurang memberangsangkan. Sehingga 1 hari (aku masih ingat kejadian ni), ketika membuang sampah di luar kelas, salah seorang kawanku (Mr.M) telah berkata "ika, dulu ko ni pandai.. kenapa sekarang ........" -aku faham maksudnya, am I stup*d? 😒- By the way thank you Mr. M kerana telah menyedarkan aku dari lalai dan alpa. Bermula dari situ, semangat ku untuk berjaya kembali meningkat (perasaan marah kepadanya menjadi salah satu sebab. Aku ingin buktikan. Kau tengok saja la nanti. Aku bermonolog sendiri). Tahun tu (2005), keputusanku meningkat sedikit demi sedikit. Aku ditukarkan masuk kelas yang di hadapan,3 Amanah (kelas budak pandai la kiranya). Sekelas dengan rakan baikku. Ketika tingkatan 5, Alhamdulillah, keputusan SPM ku sangat memuaskan hati. sehingga aku terpilih untuk memasuki Kolej Matrikulasi (sesi 2009/2010) πŸ“‘

*Tingkatan 2 (2005)

*Tingkatan 5 (2008)

*Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar (2008)

Menjadi pelajar kolej tidak mudah seperti yang ku sangka. Semester pertama aku sungguh lalai dan alpa (menyesal sungguh). Mula berjinak dalam kisah cinta monyet πŸ’” Untuk pengetahuan, aku tidak pernah berhubungan dengan mana-mana lelaki ketika di sekolah. Keputusan perperiksaan jatuh merundum. Umpama jatuh dari tempat tinggi. Aku menangis. Namun syukur, aku masih diberi peluang untuk meneruskan perjalanan. Masih ada sinar harapan walaupun pudar. Aku hampir tersungkur (di Matrikulasi, jika gagal akan di buang). Semester 2, keputusanku cukup memuaskan. Telah ku tebus segala kesilapan. Setelah telah hampir setahun berada di Matrikulasi, aku berjaya untuk memasuki salah sebuah IPTA di tempat kelahiranku (kenangan matrikulasi akan ku cerita di next entry)
*A2T12, KML

3 tahun berada di Universiti, aku cuba untuk memberikan yang terbaik buat diriku. Tidak ingin bersaing, cukup sekadar menimba ilmu dengan tenang (main game, tengok movie). Setelah puas berhempas pulas dengan tutorial, assisgnment, midterm, kuiz dan exam. Akhirnya, pada tanggal 24 November 2013 aku berjaya menggenggam segulung Ijazah Sarjana Muda Ekonomi Kewangan Antarabangsa dengan Kepujian. Syukur yang tidak terhingga Ya Allah. Nama ku dipanggil, dan itulah kali terakhir aku naik kepentas untuk mengambil 'hadiah' πŸŽ“

*Majlis Town 'n' Gown

*nanti aku update kisah bergelar mahasiswi

IJAZAH πŸŽ“, ya.. itu yang cuba ku gapai selama ini. Cita-cita, impian dan harapan sejak kecil lagi. Jatuh bangun ku lalui. Mungkin bagi sesetengah orang, apa lah yang ingin di banggakan dengan kejayaan yang tidak seberapa ini. Tapi bagi diri ku, ianya amat bermakna. Melihat kebahagiaan di wajah mereka yang ku sayangi merupakan sebuah kebahagian bagiku. Aku tidak hanya membawa impian ku sendiri, tetapi juga impian kedua orang tuaku. Ku lakukan semua ini demi mereka πŸ’

"Mama, babah.. terima kasih atas kata-kata semangat dan dorongan. Sungguh besar jasa dan pengorbanan kalian. Masih ku ingat titik peluh mu babah yang hanya menaiki motorsikal lama semata-mata ingin menghantar wang saku kepadaku. Masih ku ingat mama, penat lelah mu menghantar makanan supaya aku tidak berlapar. Masih ku ingat sahabat, kenangan bersama kalian."

Niatku hanya ingin berkongsi cerita, tiada sedikit pun rasa riak dihati. Hanya untukku kenang dikemudian hari. Agar kenangan, sentiasa segar di ingatan. Mungkin 1 hari, aku akan 'terlupa' segalanya? Siapa tahu.
Terima Kasih Kerana Sudi Membaca ! Baca Jangan X Baca !

Wednesday, January 18, 2017

Welcome Back Eka! 🐰

Assalamualaikum,

After 3 years! baru hari ini aku dapat sign in balik di blog ni.

Alhamdulillah πŸ€—

dah 3 tahun kan. Banyak benda yang aku nak share. Tentang kehidupan, pengalaman dan kenangan.

Finally ! I'm back !!


Ehem. Aku dah bertunang. hihi



Taraaa!  #NIFSHAZANFIKAH 😍

Ok la nanti aku update segala-galanya. hihi 🍫
Terima Kasih Kerana Sudi Membaca ! Baca Jangan X Baca !