Hari yang dinanti-nanti, hari yang penuh bermakna.
Kenapa?
Kerana pada hari itu, cita-cita ku kian tercapai. Cita-cita, impian, dan harapan yang disimpan sejak kecil lagi. Sejak tadika. Syukur Alhamdulillah, berkat dorongan dari mama dan babah, aku akhirnya berjaya kecapi apa yang aku inginkan. Tidak dinafikan, pelbagai cubaan, cabaran dan rintangan yang ku hadapi. Bukan tidak pernah tersungkur jatuh. Pernah. Namun, walauapapun yang ku lalui, mama dan babah tetap bagi sokongan dan dorongan tanpa henti π
Ketika usiaku 3 tahun, aku mula membaca, menulis dan mengeja (mama yang cerita π). Ketika umur ku menginjak 6 tahun, aku mula melangkah ke alam persekolahan, iaitu tadika (1997). Disana, aku mula mengenali apa itu sekolah, ABC, 123 dan juga erti kawan/sahabat/teman dan rakan πTerlalu banyak kenangan manis time tu. Siap sambut hari jadi lagi π° Yehaa !
*majlis sambutan hari jadi eka π
*tempat pertama tadika LT & tempat ketiga seluruh Labuan π
Setelah setahun di tadika, aku mula memasuki alam persekolahan sekolah rendah (1998). Dari darjah satu sampai darjah 6 (1 setia hingga 6 setia). Ketika itu, aku semakin mengerti apa itu maksud kejayaan. Aku ingat lagi, setiap kali perperiksaan tiba, aku akan pastikan yang aku tidak lari dari tempat pertama hingga ketiga dalam kelas. Mana tidaknya, mama sering memberi aku kata-kata motivasi supaya dapat masuk Universiti. Siap belikan aku baju t-shirt berwarna oren yang bertulis "Univer-sity". Baju tu menambah lagi semangat dan azam ku untuk berjaya. Setiap tahun aku mesti naik pentas. Tidak kira lah untuk anugerah apa. Dari tempat pertama hingga tempat ketiga dalam kelas, anugerah markah tertingi bagi setiap matapelajaran, sehinggalah anugerah kehadiran penuh. Ketika sekolah rendah aku juga sering mengikuti pertandingan terutama apabila tiba musim Majlis Tilawah Al-Quran (MTAQ). Bahagian hafazan menjadi bidang kegemaran. Sering menang peringkat sekolah, zon dan seterusnya peringkat Labuan (walaupun sering mendapat tempat ketiga namun aku bersyukur). Aku juga bersekolah di Sekolah Rendah Agama ketika waktu petang dan menjawat jawatan sebagai ketua kebersihan. Haha. Adalah menjadi kewajiban bagiku untuk memeriksa setiap sudut kelas agar tampak bersih dan kemas (haipp! awas la siapa yang bertugas untuk membersihkan kelas ketika itu tapi tidak buat kerja).
*Darjah 1 Setia, SKLT (1998)
Akan tetapi, reputasi ku kian menurun ketika ku di tahun 5. Tiada sudah tempat pertama, kedua atau ketiga, yang tinggal hanya nombor seterusnya. 2004, aku mula memasuki alam sekolah menengah. Jiwa remaja mula bangkit. Aku bukanlah seorang pelajar cemerlang, hanya murid biasa namun masih mampu membanggakan kedua orang tua ku (masih lagi tidak lepas dari menerima anugerah setiap tahun -
*Tingkatan 2 (2005)
*Tingkatan 5 (2008)
*Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar (2008)
*A2T12, KML
*Majlis Town 'n' Gown
*nanti aku update kisah bergelar mahasiswi
IJAZAH π, ya.. itu yang cuba ku gapai selama ini. Cita-cita, impian dan harapan sejak kecil lagi. Jatuh bangun ku lalui. Mungkin bagi sesetengah orang, apa lah yang ingin di banggakan dengan kejayaan yang tidak seberapa ini. Tapi bagi diri ku, ianya amat bermakna. Melihat kebahagiaan di wajah mereka yang ku sayangi merupakan sebuah kebahagian bagiku. Aku tidak hanya membawa impian ku sendiri, tetapi juga impian kedua orang tuaku. Ku lakukan semua ini demi mereka π
"Mama, babah.. terima kasih atas kata-kata semangat dan dorongan. Sungguh besar jasa dan pengorbanan kalian. Masih ku ingat titik peluh mu babah yang hanya menaiki motorsikal lama semata-mata ingin menghantar wang saku kepadaku. Masih ku ingat mama, penat lelah mu menghantar makanan supaya aku tidak berlapar. Masih ku ingat sahabat, kenangan bersama kalian."
Niatku hanya ingin berkongsi cerita, tiada sedikit pun rasa